Wednesday, April 2, 2014

TEMUDUGA TERBUKA LEPASAN SPM (di MITC,Tingkat 1)


Dengan syarat kelayakan minimum 3 kredit anda layak mengikuti program diploma di KOLEJ UNITI.
JUMPA ANDA DI SANA !!!

Monday, March 24, 2014

SENARAI JADUAL TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN PELAJAR

LOKASI TEMUDUGA
TARIKH
KARNIVAL PENDIDIKAN MARA KELANTAN
(Stadium sultan Muhammad,Kota Bharu Kelantan)
26 MAC 2014 – 27 MAC 2014
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI TERENGGANU
(Universiti Malaysia Terengganu)
28 MAC 2014
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI TERENGGANU
(Universiti Malaysia Terengganu)
KARNIVAL PENDIDIKAN MARA SABAH (Suria,Sabah)
PERPUSTAKAAN AWAM MASJID TANAH,MELAKA
29 MAC 2014
KARNIVAL PENDIDIKAN MARA SABAH (Suria,Sabah)
JAPERUN,JASIN MELAKA
30 MAC 2014
PUSAT KOMUNIKASI BESTARI,HULU BESUT,TERENGGANU
PERPUSTAKAAN AWAM MERLIMAU,MELAKA
31 MAC 2014
PUSAT KOMUNIKASI BESTARI,HULU BESUT,TERENGGANU
BALAI RAYA,ALOR GAJAH MELAKA
1 APRIL 2014
KARNIVAL PENDIDIKAN MARA TERENGGANU
(Terengganu Trade Center)
2 APRIL 2014
KARNIVAL PENDIDIKAN MARA TERENGGANU
(Terengganu Trade Center)
KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA(MITC,MELAKA)
3 APRIL 2014
KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA(MITC,MELAKA)
4 APRIL 2014
KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA(MITC,MELAKA)
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI SELANGOR
(Universiti Putra Malaysia)
KARNIVAL PENDIDIKAN MARA KEDAH
(Dewan Majlis Perbandaran Alor Setar,Kedah)
5 APRIL 2014
KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA(MITC,MELAKA)
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI SELANGOR
(Universiti Putra Malaysia)
KARNIVAL PENDIDIKAN MARA KEDAH
(Dewan Majlis Perbandaran Alor Setar,Kedah)
6 APRIL 2014

Hubungi Kami:


HP: (Admin) 017-683 5203 / 013-255 4764
SMS: <Nama> <No.KP> <No.Tel> <SPM terkini>  ke 017-683 5203 / 013-255 4764
E-mail: e.iptcenter@gmail.com / mohammad_yaakob@yahoo.com
Daftar Online: <Permohonan Online>


Friday, March 14, 2014

DIPLOMA PENGURUSAN HALAL !!! UNITI,Pilihan Terbaik Anda



Tahukah anda semua,kajian mengatakan bahawa lingkungan usia 40-an di umpamakan telah memakan seekor babi,pecaya atau tidak..

Oleh kerana itu, JAKIM telah mengarahkan setiap Industi - industri mesti ada
Pengawai Eksekutif Halal,temasuklah di Fast Food dalam dan luar negara, menjelang pada tahun 2020 Malaysia memerlukan lebih kurang 50,000 orang  Eksekutif Halal berbanding dengan masa sekarang baru ada 300 orang sahaja.Jadi di sinilah peluang anda semua.

UNITI,Pilihan Terbaik Anda


Hubungi Kami:


HP: (Admin) 017-683 5203 / 013-255 4764
SMS: <Nama> <No.KP> <No.Tel> <SPM terkini>  ke 017-683 5203 / 013-255 4764
E-mail: e.iptcenter@gmail.com / mohammad_yaakob@yahoo.com
Daftar Online: Sila Tekan <Pendaftaran Online>


ANTARA PROGRAM YG TERHANGAT DI PASARAN !!!


Thursday, March 13, 2014

Kursus Penghayatan & Pensijilan Halal anjuran Institut Pengurusan & Latihan Halal (IFLAH) UNITI


Lagi liputan Diploma Pengurusan Industri Halal & Institut Pengurusan dan Latihan Halal (IFLAH) UNITI di media perdana TV1





Kursus Penghayatan & Pensijilan Halal anjuran Institut Pengurusan & Latihan Halal (IFLAH) UNITI. 

Sesi petang bersama Ustaz Muhamad Elyas Harun, Senior Halal Trainer & Consultant. Halal Development Corporation (HDC).

3 topik penting iaitu Sembelihan Halal, Prosedur Pensijilan Halal Malaysia & Akta Berkaitan Halal. 

Banyak pendedahan isu - isu halal semasa yang dikongsikan.



Wednesday, March 5, 2014

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK bersama Kolej UNITI


Assalamualaikum W.B.T  & Selamat Sejahtera…

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (FPPM) akan mengadakan satu program ceramah ‘Keselamatan & Perlindungan Diri Kanak-kanak’ dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson. 

Program ini diadakan khusus untuk para pelajar Semester 6 Diploma Pendidikan Prasekolah bagi memenuhi keperluan kurikulum bagi subjek  DPP 3243 (Keselamatan Kanak-kanak Dan Perlindungannya).

Program ini akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh   : 8 Mac 2014 (Sabtu)
Masa   : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari.
Tempat : Dewan Za’ba, UV.

Justeru itu, semua pensyarah FPPM dialu-alukan untuk hadir bagi bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

PERISAI BUAT WANITA bersama Kolej UNITI




Tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi..
Bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di hati untuk dilindung....

Khas buat semua muslimah Kolej UNITI Port Dickson, ketahuilah bahawa dirimu begitu berharga....
Ayuh hadiri satu sesi motivasi bersama peguambela/peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, 


En. Airol Irwan Limin pada:
11 Mac 2014, di Dewan Za'ba UNITI Village, pada jam 8.00am-12.30pm..

UNITI,Pilihan Terbaik Anda


Thursday, February 27, 2014

KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA - Kolej UNITI


TAHNIAH Kolej UNITI - Utusan Malaysia ( 27 Feb 2014 )




 Certification of Entrepreneurship (COE) ini diwujudkan sebagai jalinan antara usahawan Kolej Uniti 
bersama industri luar.

Perasmian Certificate of Entrepreneurship kolej UNITI ( 26 Feb 2014 )






Perasmian Certificate of Entrepreneurship dan Laman Usahawan oleh TKP MARA (Usahawan) bersama Dato' Alayudin & tim DPMM. Petang ke malam diskusi bersama delegasi National Commission on Muslim Filipinos (NCMF) dan Halal International Chamber of Commerce and Industries of the Philippines (HICCIP).

Wednesday, February 12, 2014

Jom gunakan aplikasi android scanner utk mengatahui lebih lanjut mengenai info pembelajaran dan sistem pembelajaran teknologi...


Hubungi Kami:


HP: (Admin) 017-683 5203 / 013-255 4764
SMS: <Nama> <No.KP> <No.Tel> <SPM terkini>  ke 017-683 5203 / 013-255 4764
E-mail: e.iptcenter@gmail.com / mohammad_yaakob@yahoo.com
Daftar Online:https://docs.google.com/forms/d/17T7w37CrS9D7pDo9bqhcM-oGd6OYaOqtJwuOI489Kbc/viewform

IFLAH ( INSTITUT PENGURUSAN DAN LATIHAN HALAL )




HP: (Admin) 017-683 5203
SMS: <Nama>  <No.KP>  <Lokasi kursus>  ke 017-683 5203


KARNIVAL UNITI KARANGKRAF 2014 ( 28 - 30hb Mac 2014 )


KARNIVAL UNITI KARANGKRAF 2014 akan kembali dengan pelbagai acara dan program menarik.

Mesti hadir ! 28 - 30hb Mac 2014.

Sunday, February 9, 2014

TAHNIAH Kolej UNITI - Malaysian Quality Evaluation System for Private Colleges, MyQUEST 2012/2013

 Cluster Based (Engineering, Manufacturing and Construction)  - 6 Star
College-Based Rating  - 5 Star
Cluster Based (Arts and Humanities)  - 4 Star



Pergaminelli Design Accademia by Kolej UNITI


DIPLOMA GRAPHIC DESIGN & DIPLOMA PRODUCT DESIGN

Lebih dari 90% pelajar yang ingin memohon untuk melanjutkan pelajaran tinggi dalam Diploma Grafik atau Produk tidak mengetahui apa sebenarnya halatuju dan masadepan karier dibidang tersebut, malah tidak m
empunyai kefahaman jelas tentang dan bagaimana kerjaya reka bentuk itu berbeza daripada satu sama lain, contoh: fine artis atau illustrator, produk atau industrial produk. Jika anda terfikir ingin menjadikan profesion rekabentuk sebagai kerjaya dan menjadikan ia sebagi satu perniagaan dimasa depan, anda seharusnya memilih Pergamineli Design Accademia - Kolej Uniti

Pilihan terbaik anda.

Hubungi Kami:


HP: (Admin) 017-683 5203 / 013-255 4764
SMS: <Nama> <No.KP> <No.Tel> <SPM terkini>  ke 017-683 5203 / 013-255 4764
E-mail: e.iptcenter@gmail.com / mohammad_yaakob@yahoo.com

Wednesday, February 5, 2014

LOGO HALAL

ANTARA LOGO-LOGO HALAL YG DIIKHTIRAF OLEH JAKIM UTK PRODUK-PRODUK YG DIIMPORT DARI LUAR NEGARA DAN KITA PERLU KETAHUI....

VIDEO KORPORAT UNITI







Hubungi Kami:


HP: (Admin) 017-683 5203 / 013-255 4764
SMS: <Nama> <No.KP> <No.Tel> <SPM terkini>  ke 017-683 5203 / 013-255 4764
E-mail: e.iptcenter@gmail.com / mohammad_yaakob@yahoo.com
Daftar Online:https://docs.google.com/forms/d/17T7w37CrS9D7pDo9bqhcM-oGd6OYaOqtJwuOI489Kbc/viewform

Tuesday, February 4, 2014

Program Halal Eksekutif Program (HEP) dijalankan pada 2012 ditawarkan oleh HDC kepada para pelajar lepasan K.U. seramai 32 orang. Program ini bertujuan menyediakan pekerja mahir dlm bidang halal dgn segera.Program dijalankan selamat 6bulan. Diajar oleh org industri.

5 dari 20 penerima graduan cemerlang Halal Executive dari Kolej UNITI. Tahniah



Umrah Bersama UNITI 3 feb 14





Friday, January 31, 2014

TAHNIAH KEPADA PELAJAR STAM.

Tahniah... kepada pelajar STAM yg berjaya..yg kurang bernasib baik, jangan berputusasa...kami sedia membantu...


Thursday, January 30, 2014

Bantuan Pinjaman Pelajaran

Pembiayaan Pinjaman Pelajaran MARA & PTPTN


Bagi Program Diploma UNITI, UiTM Dan UPM Di Kolej UNITI

Pihak Kolej UNITI akan membantu memohon pinjaman (yuran pengajian & elaun sara diri) dari MARA / PTPTN. MARA

Pembiayaan pinjaman pendidikan MARA adalah merangkumi :-

* Yuran pengajian bagi keseluruhan program pengajian untuk 3 tahun (6 semester) tersebut akan dibayar oleh pihak MARA terus kepada Kolej UNITI.
* Elaun sara diri (RM***.** sebulan) akan dimasukkan terus ke dalam akaun pelajar.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN MARA:

* Gambar terkini berukuran paspot
* Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej UNITI
* Salinan sijil kelahiran pelajar, ibu dan bapa
* Salinan sijil kematian ibu/bapa (jika berkaitan)
* Salinan kad pengenalan pelajar, ibu dan bapa
* Salinan sijil akademik SPM / STPM / Pra Diploma / Sijil
* Salinan sijil berhenti sekolah
* Salinan penyata gaji/ Borang J/ Surat Pengesahan Pendapatan/ Penyata Pencen ibubapa yang terkini (** Sila rujuk maklumat tambahan dibawah)
* Sebuah esei perihal diri dan perancangan pendidikan dan kerjaya masa depan pelajar, lebih kurang 300 patah perkataan secara bertulis tangan yang kemas atau bertaip.
* Salinan buku akaun simpanan CIMB.




PTPTN 
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN PTPTN:
* Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej UNITI
* Salinan kad pengenalan pelajar
* Salinan penyata gaji/ Borang J/ Surat Pengesahan Pendapatan/ Penyata Pencen ibubapa yang terkini (** Sila rujuk
* Salinan sijil akademik SPM
* Pengesahan Pendapatan Ibu(sekiranya tidak bekerja)
* Salinan buku akaun simpanan Bank Muamalat.


Maklumat Tambahan
* Surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga jika tiada slip gaji @ borang J. Surat ini hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Kampung, Penghulu / Penggawa, Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat dimana penama bermastautin.
* Sila sediakan segala dokumen yang diperlukan pada hari pendaftaran bagi tujuan mempercepatkan proses permohonan pinjaman pelajaran.
* Borang permohonan pinjaman permohonan MARA akan disediakan secara percuma setelah pelajar mendaftarkan diri di Kolej UNITI.


SEMUA SALINAN DOKUMEN HENDAKLAH DISAHKAN BENAR OLEH: 
* Ketua Kampung @ Penghulu, Pegawai Daerah yang mempunyai Cop Jawatan Rasmi ATAU
* Semua Pegawai-pegawai kerajaan dan badan berkanun dalam kumpulan A dan B seperti Pengetua dan Guru Besar sekolah ATAU
* Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman seperti Majistret, Peguambela & Peguamcara ATAU
* Wakil Rakyat ATAU
* Jaksa Pendamai (JP)
  
Pelajar layak memohon pinjaman pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

1) Mulai 1 January  2012, pemohon/ibubapa pemohon/penjaga pemohon yang sah hendaklah mempunyai akaun SSPN. 

2) Warganegara Malaysia. 

3) Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon. 

4) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang2nya 3 kepujian dalam mana2 matapelajaran. 

5) Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sjil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan keatas. 

6) Bagi pelajar2 IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengukuti kursus yang telah diluluskan olih Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi.
7) Bagi pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohona dikemukakan. 

8) Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan olih Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbedza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah dipeolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara (5), (6) dan (7) diatas.
9) Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun. 

10) Memerlukan dua (2) orang penjamin yang terdiri daripada Ibu dan Bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan. 

11) Tidak mempunyai penaja lain.
*Nota: Akaun SSPN hendaklah dibuka selewat2nya 2 minggu sebelum tarikh sesi permohonan di IPT.
Sebarang pertanyaan mengenai maklumat ini, 
sila berhubung 

HP: (Admin) 017-683 5203
SMS: <Nama> <No.KP> <No.Tel> <SPM terkini>  ke 017-683 5203 
SEMUA URUSAN PEMBAYARAN ADALAH ATAS NAMA  KOLEJ UNITI SDN BHD TERMASUK PINJAMAN PTPTN. PIHAK KAMI TIDAK DIBENARKAN MENGAMBIL SEBARANG BAYARAN. MAKA SEKIRANYA ADA PIHAK-PIHAK YG ADA MENGAMBIL SEBARANG BAYARAN BUKAN ATAS NAMA KOLEJ UNITI SDN BHD HARAP MAKLUMKAN PADA PIHAK KAMI, TERIMA KASEH.

Apakah Itu MQA?

Soalan-Soalan Lazim

   1. Apakah itu MQA?
   2. Mengapakah MQA menggantikan LAN?
   3. Adakah fungsi MQA sama dengan LAN?
   4. Dengan adanya MQA, bagaimana status kursus pengajian yang telah diakredit oleh LAN?
   5. Apa yang dimaksudkan dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework,
       MQF)?
   6. Apakah yang dimaksudkan dengan tahap kelayakan dan laluan pendidikan di dalam MQF?
   7. Apakah yang dimaksudkan dengan hasil pembelajaran (learning outcome)?
   8. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem kredit berasaskan Student Learning Time (SLT)?
   9. Apakah kriteria yang digunakan MQA dalam menilai kursus pengajian di IPT?
  10. Apakah yang dimaksudkan dengan Kelulusan?
  11. Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi Provisional?
  12. Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi?
  13. Apakah perbezaan antara Akreditasi dan Pengiktirafan?
  14. Adakah program IPTA turut diakredit oleh MQA?
  15. Adakah pihak MQA menjalankan penilaian Akreditasi dan memberi pengiktirafan kepada IPT di luar
        negara?
  16. Berapa lamakah tempoh sah laku Akreditasi MQA?
  17. Bagaimana hendak menyemak senarai kursus pengajian yang telah diakredit MQA?
  18. Apakah yang dimaksudkan dengan Malaysian Qualifications Register (MQR)?
  19. Apakah kelebihan program yang diakredit dan didaftar dalam MQR?
  20. Adakah pihak IPT boleh menggunakan logo MQA untuk tujuan pengiklanan atau masih menggunakan
        logo LAN?

Jawapan

1. Apakah itu MQA?
Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) merupakan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang telah ditubuhkan pada 1 November 2007 dengan berkuatkuasanya Akta Agensi Kelayakan Malaysia (Akta 679).

 MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang mengawal kualiti program pengajian di IPTS dengan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi yang mengendalikan penilaian jaminan kualiti program di IPTA sebelum ini. Penubuhan MQA menjadikan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia terletak di bawah satu agensi tunggal yang tidak membezakan semua IPT. MQA juga adalah pemegang amanah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) yang merupakan ’perlembagaan’ pengajian tinggi negara.

2. Mengapakah MQA menggantikan LAN?
 Penubuhan MQA menjadikan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia terletak di bawah satu agensi tunggal yang tidak membezakan semua IPT yang terdiri daripada IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti, dan IPT di bawah kementerian lain. Di bawah LAN dahulu, skop penilaian jaminan kualiti hanya tertumpu kepada IPTS sahaja.

Penubuhan MQA juga adalah atas rasional untuk mewujudkan dan melaksanakan perkara utama yang menjadi ciri penting menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai reputasi baik dalam pendidikan tinggi iaitu :
         1. Menubuhkan sebuah badan jaminan kualiti yang seragam, adil dan telus (MQA)
         2. Membangunkan Kerangka Kelayakan Kebangsaan sebagai rujukan semua kelayakan (MQF)
         3. Mewujudkan pusat maklumat yang sahih dan dipercayai (Malaysian Qualifications Register, MQR).

3. Adakah fungsi MQA sama dengan LAN? 
Secara amnya, MQA masih menjalankan fungsi LAN sebelum ini khususnya dalam menjamin kualiti pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, MQA juga menjalankan pelbagai fungsi lain seperti berikut :
         1. Melaksanakan MQF sebagai titik rujukan Kelayakan di Malaysia;
         2. Membangunkan kriteria dan standard sebagai rujukan kebangsaan bagi penganugerahan kelayakan
            dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan;
         3. Menjamin kualiti institusi-institusi pengajian tinggi dan program-program;
         4. Memberi perakuan akreditasi kepada program-program yang memenuhi kriteria dan standard yang
            ditetapkan;
         5. Memudah cara pengiktirafan dan penyetaraan kelayakan; dan
         6. Mengendalikan Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR)

4. Dengan adanya MQA, bagaimana status kursus pengajian yang telah diakredit oleh LAN?
 Program yang telah mendapat Akreditasi LAN yang masih dalam tempoh sah laku akan didaftarkan di dalam portal MQR. Tetapi apabila program tersebut telah tamat tempoh sah laku, ia perlu melalui penilaian MQA bagi tujuan Akreditasi.

5. Apa yang dimaksudkan dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF)?  
MQF adalah deklarasi Malaysia tentang kelayakan-kelayakan tempatan dan kualiti yang dimiliki oleh kelayakan-kelayakan tersebut. MQF merupakan alat yang membangun dan mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui kebangsaan dan ditanda aras amalan antarabangsa yang menjelaskan tahap-tahap pembelajaran yang dicapai, hasil pembelajaran bidang pengajian dan sistem kredit yang berasaskan beban pembelajaran pelajar. Kriteria ini diguna pakai bagi semua kelayakan yang dianugerah pemberi pendidikan tinggi yang diiktiraf. MQF menyatupadukan semua kelayakan negara.

MQF juga menyediakan laluan-laluan pendidikan yang menghubung kait kelayakan-kelayakan di dalamnya secara sistematik, yang membolehkan individu memajukan diri melalui pemindahan kredit dan pengakreditan pengalaman-pengalaman terkumpul (accreditation of prior experiential learning) dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat.

Dalam konteks jaminan kualiti negara, MQF merupakan ’perlembagaan’ pengajian tinggi yang mana prinsip-prinsip umumnya harus dipatuhi oleh setiap program dan kelayakan yang ditawar dan dianugerah oleh pemberi pendidikan tinggi. Prinsip-prinsip umum MQF meliputi definisi kelayakan, sektor penganugerahan kelayakan, tahap kelayakan, hasil pembelajaran, kredit dan beban pembelajaran, profil dan laluan pendidikan tinggi bagi kemajuan indidvidu.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan tahap kelayakan dan laluan pendidikan di dalam MQF?
 MQF menyediakan tahap kelayakan dan laluan pendidikan yang menghubungkaitkan kelayakan-kelayakan secara sistematik. Ini membolehkan individu memajukan diri dalam pendidikan tinggi melalui pemindahan kredit dan pengiktirafan pengalaman-pembelajaran terkumpul (accreditation of prior experiental learning) yang diperoleh daripada pembelajaran formal, tidak formal dan informal tanpa mengira masa dan tempat, dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat.

Terdapat lapan tahap kelayakan di dalam MQF yang mewakili tiga sektor pendidikan tinggi negara dan disokong oleh laluan pendidikan sepanjang hayat. Sektor tersebut adalah (a) Sektor Kemahiran; (b) Sektor Vokasional dan Teknikal; dan (c) Sektor Pengajian Tinggi.

Sijil Kemahiran yang dianugerahkan dalam Sektor Kemahiran berada di Tahap 1 hingga 3. Sijil Pengajian Tinggi dan Vokasional dan Teknikal berada di Tahap 3. Manakala Diploma dan Diploma Lanjutan berada di Tahap 4 dan 5. Ijazah Sarjana Muda berada pada Tahap 6 diikuti dengan Ijazah Sarjana (Tahap 7) dan Ijazah Kedoktoran (Tahap 8).

Setiap tahap adalah dibezakan oleh hasil pembelajaran dan jam kredit berasaskan kepada beban belajar pelajar.

      Maklumat lanjut layari http://www.mqa.gov.my/dokumen/KERANGKA%20KELAYAKAN%20MALAYSIA_2011.pdf

7. Apakah yang dimaksudkan dengan hasil pembelajaran (learning outcome)? 
Pencapaian pelajar diukur oleh hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran ini menetapkan kompetensi yang patut diperoleh oleh pelajar apabila selesai mengikuti satu-satu program pengajian. Ciri-ciri ini terkandung dalam lapan domain hasil pembelajaran iaitu;
         1. Pengetahuan ilmu bidang;
         2. Kemahiran praktikal;
         3. Kemahiran dan tanggungjawab sosial;
         4. Nilai, sikap dan profesionalisme;
         5. Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan;
         6. Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik;
         7. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; dan
         8. Kemahiran mengurus dan keusahawanan.

Pencapaian hasil pembelajaran ini pula akan diukur menggunakan pengiraan sistem kredit yang berasaskan kepada beban sebenar jam pembelajaran pelajar (student learning time) dan tidak lagi berasaskan jam kontak antara pensyarah dan pelajar.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem kredit berasaskan Student Learning Time (SLT)? 
Student Learning Time (SLT) bermaksud beban sebenar jam pembelajaran pelajar yang mengambil kira semua aktiviti pembelajaran termasuk persediaan material di perpustakaan dan pencarian sumber maklumat di internet. SLT diambil kira bukannya berasaskan kepada jam kontak antara pensyarah dan pelajar semata-mata.

9. Apakah kriteria yang digunakan MQA dalam menilai kursus pengajian di IPT?
Selain berpandukan kepada MQF, MQA juga telah membangunkan Kod Amalan Program Akreditasi dan Kod Amalan Audit Institusi. Kod-kod amalan ini menetapkan sembilan (9) aspek utama yang dijamin oleh MQA iaitu :
         1. Visi, misi dan hasil pembelajaran
         2. Rekabentuk program dan penyampaian
         3. Kepilihan dan sistem sokongan pelajar
         4. Penilaian pelajar
         5. Staf akademik
         6. Sumber pendidikan/kemudahan pengajaran dan pembelajaran
         7. Penilaian program
         8. Kepimpinan, governan dan pentadbiran
         9. Penambahbaikan kualiti berterusan

10. Apakah yang dimaksudkan dengan Kelulusan? 
Kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi bagi membolehkan IPT mengendalikan sesuatu program pengajian. Kelulusan wajib diperoleh sebelum IPT dibenarkan mengendalikan program pengajian. Walau bagaimanapun, kelulusan ini tidak bermaksud satu-satu program itu telah diakredit oleh MQA atau telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

11. Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi Provisional? 
Akreditasi Provisional bermaksud fasa awal penilaian sesuatu program yang menuju kepada Akreditasi (Penuh). Ia bertujuan untuk membantu dan mempermudahkan IPT mendapat Akreditasi bagi program yang telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan syarat ia meningkatkan kualiti dan standard yang dinyatakan.

12. Apakah yang dimaksudkan dengan Akreditasi? 
Akreditasi merupakan satu perakuan rasmi kepada IPT bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA.

13. Apakah perbezaan antara Akreditasi dan Pengiktirafan? 
Akreditasi merupakan pengesahan pencapaian kualiti dalam penilaian jaminan kualiti yang dilaksanakan oleh MQA. Ia merupakan jaminan MQA kepada pelbagai pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan tinggi termasuk para pelajar, ibu bapa, majikan dan lain-lain bahawa program pengajian yang diakredit oleh MQA merupakan program berkualiti. Ia juga merupakan platform atau asas kepada pihak-pihak lain untuk mengiktiraf program dan kelayakan tersebut bagi tujuan-tujuan yang berlainan.

Pengikitirafan pula bermaksud penerimaan satu-satu kelayakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan tertentu. Sebagai contoh, pengiktirafan kerajaan melalui JPA adalah syarat untuk dipertimbangkan berkhidmat di sektor awam. Sebagai makluman, JPA hanya akan mengiktiraf program pengajian yang telah mendapat akreditasi MQA bagi maksud berkhidmat dengan kerajaan.

14. Adakah program IPTA turut diakredit oleh MQA? 
Program pengajian IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti turut diakredit oleh MQA. Walau bagaimanapun, semua program berkenaan yang telah mendapat pengiktirafan JPA sebelum MQA ditubuhkan akan didaftarkan terus ke dalam MQR. (Pengemaskinian maklumat program IPTA sentiasa dibuat dari semasa ke semasa). Manakala bagi program baru yang hendak dikendalikan, ia akan tertakluk kepada proses jaminan kualiti yang ditetapkan oleh MQA.

15. Adakah pihak MQA menjalankan penilaian Akreditasi dan memberi pengiktirafan kepada IPT di luar negara?
Tidak. Pengiktirafan kerajaan Malaysia ke atas IPT luar negara adalah di bawah bidang kuasa JPA.
Buat masa ini MQA hanya melaksanakan jaminan kualiti ke atas program dari institusi tempatan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat permohonan dari institusi luar negara untuk mendapatkan akreditasi MQA, ia akan dipertimbangkan.

16. Berapa lamakah tempoh sah laku Akreditasi MQA? 
Akreditasi program di bawah MQA tiada tempoh sah laku tetapi pihak MQA akan menjalankan proses pemantauan di institusi berkenaan untuk memastikan kualiti program-program tersebut terus dipertingkat.

  17. Bagaimana hendak menyemak senarai kursus pengajian yang telah diakredit MQA?
 
Semakan senarai program yang telah diakredit MQA boleh dibuat dengan melayari portal MQR. Terdapat pelbagai cara untuk mencari maklumat yang dikehendaki seperti panduan berikut:

1. Layari Laman Sesawang MQA di alamat http://www.mqa.gov.my --> klik pada butang MQR di bahagian perkhidmatan dalam talian; atau

2. Layari http://www.mqa.gov.my/mqr/index.htm. Kemudian rujuk kepada tajuk Panduan dalam portal MQR. Semakan boleh dibuat melalui pelbagai kata kunci (keyword) contohnya nama kelayakan, nama IPT, bidang pengajian dan sebagainya.

18. Apakah yang dimaksudkan dengan Malaysian Qualifications Register (MQR)? 
MQR merupakan sumber rujukan dan panduan berkaitan program pendidikan tinggi yang menyenaraikan semua kelayakan yang telah diakreditkan dan dianugerahkan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi sama ada dari dalam dalam dan luar negara. Program atau kelayakan ini hendaklah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia.

MQR diwujudkan bertujuan :
         1. Menyediakan maklumat mengenai semua kelayakan berdasarkan program yang telah diakredit;
         2. Membolehkan semua pihak berkepentingan mengetahui, memahami serta membuat perbandingan
             mengenai ciri-ciri sesuatu kelayakan dan hubungkaitnya dengan kelayakan yang lain; dan
         3. Memudahkan proses pemindahan kredit.
         4. Maklumat yang terkandung dalam MQR adalah seperti berikut:
         5. Nama dan alamat IPT;
         6. Nombor rujukan kelayakan;
         7. Nama kelayakan;
         8. Bidang kelayakan;
         9. Tempoh sahlaku;
        10. Tahap kelayakan;
        11. Tempoh pengajian; dan
        12. Jam kredit bergraduat.

Maklumat tambahan seperti penyataan hasil pembelajaran program, syarat kelayakan masuk dan sebagainya akan dimasukkan dari semasa ke semasa.

Maklumat dalam MQR juga boleh digunakan untuk mengeluarkan perakuan atau pernyataan yang jelas tentang sesuatu kelayakan yang telah didaftarkan. Pihak yang berkepentingan termasuk masyarakat umum boleh merujuk kepada MQR untuk mendapatkan pengesahan mengenai status sesuatu kelayakan. Cabutan daripada Daftar Kelayakan ini boleh dikeluarkan tertakluk kepada permintaan pihak berkenaan.

19. Apakah kelebihan program yang diakredit dan didaftar dalam MQR?
Antara kelebihan program atau kursus yang didaftar dalam MQR adalah seperti berikut:
         1. Memudahkan pelajar mendapat bantuan kewangan antaranya seperti layak dipertimbangkan untuk
             mendapat pinjaman daripada agensi pembiayaan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional
             (PTPTN).
         2. Memudahkan pemindahan kredit tertakluk kepada syarat-syarat dan keputusan muktamad institusi
             terbabit.
         3. Membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di institusi tempatan atau luar negara.
         4. Pelajar layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan awam. Selain itu, majikan sektor
             swasta turut menekankan program yang telah mendapat akreditasi dalam membuat pengambilan
             pekerja mereka.
         5. Institusi boleh memfrancais program yang diakredit kepada institusi lain, tertakluk kepada
             syarat-syarat tertentu.

20. Adakah pihak IPT boleh menggunakan logo MQA untuk tujuan pengiklanan atau masih menggunakan logo LAN?
Pihak IPT boleh menggunakan logo MQA bagi program pengajian yang telah mendapat akreditasi dengan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.